Surah At-Tahrim
Allah
mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada
manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang
mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu:
Perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di
bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang
sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat
kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat
Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka
dari (azab) Allah dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada
hari pembalasan): Masuklah kamu berdua ke dalam Neraka bersama-sama
orang-orang yang masuk (ke situ). (10) Dan
Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada
mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan
orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: Perihal
isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah
rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari Firaun dan
perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum
yang zalim; (11) Dan
juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Mariam binti Imran (ibu
Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan
kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah
takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk
ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami dan (sekalipun
Mariam itu hidup di antara kaum kafir) dia mengakui kebenaran
Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya dan dia menjadi dari
orang-orang yang tetap taat. / (12)
No comments:
Post a Comment